Publications

MAKLUMAN PENANGGUHAN KOS PERJALANAN OLEH PEMBERI PENDIDIKAN TINGGI BAGI PENILAIAN AKREDITASI PROGRAM TEKNOLOGI DAN TEKNIKAL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) telah menambah baik struktur dan kadar fi bagi penilaian akreditasi program teknologi dan teknikal yang telah digunapakai sejak tahun 2017.

3. Bermula 1 Januari 2026 kadar fi penilaian bagi jenis akreditasi yang dijalankan oleh MBOT akan dikekalkan. Walaubagaimanapun, kos perjalanan panel penilai dan sekretariat MBOT bagi semua jenis penilaian akreditasi yang dijalankan secara fizikal perlu ditanggung oleh pihak pemberi pendidikan tinggi. Bersama-sama ini disertakan Kadar Bayaran Perjalanan untuk rujukan pihak pemberi pendidikan tinggi.

4. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkara ini, sila berhubung dengan YM Raja Syariz Zafian bin Raja Sulaiman di talian 03 8800 6210 atau melalui emel: r.syariz@mbot.org.my. Segala kerjasama dan perhatian oleh pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

 

Posted by Administrator, On Dec 02, 2025

Contact Us

Technology and Technical Accreditation Council

Block Z1-08-11, 2 Presint 1
Menara Ochre @ Alamanda
Jalan Alamanda
62000 W.P. PUTRAJAYA

Tel : (603) 8800 6211 / 6210 / 6202

Email : ttas@mbot.org.my / registrationttas@mbot.org.my